Heptral Health Topics

Deliver Optimum Benefits

Kekalkan Manfaat Optima

Masa membaca: 2 minit
Dalam dunia sekarang di mana usaha untuk mencapai kualiti hidup yang baik sering terpinggir akibat gaya hidup yang sibuk, kita haruslah tidak mengabaikan kepentingan untuk menjaga kesihatan hati.

Walaupun berperanan penting, namun, kepentingan hati sering diabaikan. Sesungguhnya, kesihatan hati adalah kunci kepada kesejahteraan hidup kita.

Sering dirujuk sebagai penyahtoksin dalam badan, hati berfungsi untuk menyaring toksin, menghasilkan protein, dan membantu dalam proses penghadaman. Hati yang terjejas boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah kesihatan, seperti keletihan yang disebabkan penyakit hati kronik.

Penyakit hati bukan sahaja mengurangkan fungsi normal hati tetapi juga menyebabkan keletihan berlebihan. Keletihan berlebihan adalah simptom yang dihadapi oleh pesakit dengan penyakit hati dan ia mempunyai impak besar terhadap kualiti hidup mereka.

Hati merupakan organ yang sangat penting. Bagi pesakit penyakit hati, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pengamal perubatan anda terlebih dahulu sebelum menggunakan mana-mana ubat yang boleh meningkatkan fungsi hati.

Untuk Kesejahteraan Hati

1. Mengekalkan Berat Badan Sihat

Aktiviti fizikal yang berkala, seperti berjalan atau berenang, boleh membantu menurunkan tekanan darah, dan mengurangkan tahap kolesterol. Senaman juga dapat membantu mengawal metabolisme badan anda dan mengurangkan lemak hati.

2. Makan Makanan Seimbang

Pilih diet yang mengandungi makanan seimbang yang kaya dengan serat, protein, dan lemak sihat. Ia adalah cara yang mudah untuk menyokong fungsi hati anda.

3. Elakkan Pengambilan Alkohol

Alkohol boleh mempercepatkan proses terjadinya hati berlemak dan keradangan hati. Mengurangkan pengambilan atau berhenti minum alkohol sama sekali boleh meningkatkan kesihatan hati dan kesejahteraan hidup anda.

Heptral® dapat membantu menyokong kesihatan hati. Ia mengandungi ademetionin yang juga dikenali sebagai S-adenosil-L-metionin (SAMe) sebagai bahan aktif yang boleh digunakan untuk rawatan kolestasis intrahepatik dalam keadaan pra-sirosis, sirosis, dan semasa kehamilan bagi golongan orang dewasa. Heptral® juga diindikasikan untuk melegakan keletihan yang disebabkan oleh penyakit hati kronik.

SAMe bertindak sebagai pendahulu bagi pembentukan antioksidan dalam hati. Heptral® membantu meningkatkan fungsi hati dan melegakan keletihan yang disebabkan oleh penyakit hati kronik.

Ingat, fungsi hati yang baik tidak dapat diganti, oleh itu, amat penting untuk menjaganya demi kesihatan anda. Jika anda mengesyaki bahawa anda ada masalah hati, berundinglah dengan pengamal perubatan anda untuk panduan selanjutnya.
MAL12020028XC
Heptral® boleh didapati di semua famasi terkemuka di seluruh negara.

Ini adalah iklan produk perubatan.
Rujukan:
  • Heptral® Malaysia PI, Mar 2022
KKLIU 2850 / EXP 31.12.2025
MAL2294016 NOV 2023
Artikel yang berkenaan
Sorry no related post found