SECARA AMNYA, KESIHATAN BADAN BERGANTUNG PADA KESIHATAN HATI

Beratnya cuma lebih sedikit daripada satu kilogram, namun hati anda merupakan ‘kilang’ kimia yang kompleks dan bekerja 24 jam sehari. Ia memproses apa yang dimakan, diminum, disedut dari udara atau disapu pada kulit. Malah, hati melakukan lebih 500 fungsi yang sangat penting kepada kehidupan.1

Healthy Liver
cycling

ANTARA FUNGSI PENTING HATI1:

Menghasilkan hempedu
Mengawal metabolisme, pembekuan darah dan kolesterol
Menghasilkan dan mengawal selia hormon
Menyahtoksikkan bahan kimia dan memetabolis-mekan ubat
Menyimpan glikogen dan menukarkannya kepada glukosa apabila diperlukan
Melawan jangkitan dan bakteria dalam darah

PENYAKIT HATI DAN KELETIHAN2

Penyakit hati bukan sahaja mengurangkan fungsi hati yang normal tetapi juga menyebabkan keletihan. Keletihan merupakan simptom yang paling biasa berlaku kepada mereka yang mengidap penyakit hati dan memberi kesan yang ketara terhadap kualiti hidup mereka.

Ujian darah, pengimejan, biopsi hati atau endoskopi boleh dilakukan untuk mengesan penyakit hati1. Anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan perubatan secara berkala agar dapat mengesan penyakit hati di peringkat awal.

FAKTOR YANG BOLEH MENINGKATKAN RISIKO PENYAKIT HATI TERMASUKLAH:3

  • Obesiti
  • Penyakit kencing manis
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Terdapat sejarah penyakit hati dalam keluarga
  • Terdedah kepada bahan kimia atau toksin tertentu
LIVER DISEASE

DEMI KESEJAHTERAAN HATI1,3

1. Kekalkan Berat Badan Yang Sihat

Melakukan aktiviti fizikal secara berkala boleh membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kolesterol. Senaman juga dapat membantu mengawal metabolisme badan anda dan mengurangkan lemak hati.

 
body-weight
healthy-diet

2. Makan Makanan Yang Seimbang

Diet tinggi nutrient, menyeluruh yang kaya serat, protein, dan lemak tak tepu biasanya disyorkan untuk pesakit dengan penyakit hati.

3. Hadkan Pengambilan Alkohol

Alkohol boleh mempercepatkan pembentukan lemak hati dan keradangan hati.

Avoid-alcohol

HEPTRAL® UNTUK KESIHATAN HATI4

Heptral® mengandungi ademetionin yang juga dikenali sebagai S-adenosyl-L-methionine (SAMe) sebagai bahan aktif yang dapat membantu menyokong kesihatan hati.

Heptral® diindikasikan untuk rawatan kolestasis intrahepatic dalam keaadaan pra-sirosis dan semasa kehamilan bagi golongan orang dewasa. Heptral® juga dapat membantu melegakan keletihan yang disebabkan oleh penyakit hati kronik.

SAMe bertindak sebagai pendahulu bagi pembentukan antioksidan dalam hati. SAMe membantu menyokong fungsi hati dan melegakan keletihan yang disebabkan oleh penyakit hati kronik.
Detox

JAGA KESIHATAN HATI DENGAN HEPTRAL®

DOS DAN PENGAMBILAN4
tab
1 – 3 tablet setiap hari, atau seperti yang ditetapkan oleh pegawai kesihatan anda.
tab
Setiap tablet mengandungi 500mg Ademetionin.
tab

Boleh didapati di semua farmasi terkemuka.